Saturday, February 20

UPDATE BAJU NIKAH

Baju nikah dah antar p tailor.mcm biasa aku antar kat tailor yang jahit baju tunang aku hari tue Madam Tee.Pung pang pung pang bincang itu bincang ini ngan untie tue terangkan design yg aku nak then done lah.hehehe nnti dah dapat hasilnya aku tunjukkannya.

Tuesday, February 16

Kain Baju Nikah

Kain untuk majlis pernikahan nanti telah disponsor oleh makcik en.tunang (tq mak teh).Memula dulu ingatkan just nak sewa ajer xpi dah ada org bagi kita terima jerlah kan alhamdulilah.Kain nie warna putih n ada sulaman kuning keemasan sikit serta dihiasi taburan manik dan juga bead2 dan untuk kain nya pulak berwarna putih sama untuk lining kain baju tue nanti dan en.tunang akan pakai baju melayu warna putih.Untuk tudung dan layah aku akan sewa dekat kedai andaman.





Kain yang belum aku tempah lagi dan insyallah aku akan tempah di ipoh jumaat nie.

Sunday, February 14

Geram

Untuk pengetahuan semua pakej persandingan telah pun aku bayar depositnya sebanyak RM300 dekat satu pusat andaman tahun lepas bulan disember..aku dah pilih warna baju sanding aku warna peach...sebelum bayar deposit tue aku tanya banyak kali kat dia ada x warna peach sbb sy nak warna peach then dia kata ada sbb baju br nak sampai so aku rasa ok lah kan.Sebelum balik pun aku bgtau lg sy nak baju sy warna peach then bayar deposit aku pun balik la dia bg mcm2 janji manis kat aku.

So minggu lepas aku sms ngan dia tanya baju warna peach sy dah sampai lum korang tau apa dia jwb kat aku.'kita xdk la warna peach tue'.Apa!!!!!!!!!biar betul aku pun apa lg harus la ngamukkan...dah kata ada warna tue sblm aku bayar deposit.Ini dah bikin aku panas nie.So aku cakap kat dia mcm mana nie hari tue u cakap ada skrang nie xdk plak how come.dia bg seribu satu alasan kat aku dia kata lepas raya cina nie akan ada lagi baju baru sampai dia akan try cari warna peach xpi yang xsedap didgr dia kata x janji WTH kan.

Ok xper aku akan tgu pas raya cina nie tgk camner kan..kalo xdk jugak warna peach tue aku nak balik deposit Rm300 tue ko ingat senang nak makan duit aku...Then aku dah bincang ngan tunang aku dia kata kalo xbg deposit tue burnkan jerlahh bukan rezeki kita...waaaaaaaaaaa apakah???????? haruskah aku menangis atau wat2 biasa2 jer sekarang nie??????


AKU GERAM!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, February 11

HARI INI

Keadaan aku x berapa nak sihat sangat.Pepagi macam biasa breakfast terus wat keje sampai la ke tghari g makan cam biasa then balik opis sambung keje balik dok la mengadap pc sambil mata terkebil-kebil.Masuk ptg nak dijadikan cerita mulalh angin segan2 menyapa hidung aku nie.Waktu nie aku dah start pening dah nie cam nak muntah pun ada nak pengsan pun ada.Adoi...kalo bau wangi xpe gak xpi nie bau hangit.aku ingatkan dah ok dah bau wangi sentiasa rupa2 nyer bau lg.nak kata dah tegur secara halus dah wat dah, tegur secara kasar pun dah wat dah hbs tue apa lg yang aku leh wat.Kalo ko dok sebatu dr aku xpe gak nie aku pandang ngan ekor mata pun leh nampak tau.

Yang aku peliknya org lain leh la terbau2 hangit tue xpi diri sendiri xkan x perasan.Selesakah dia?wangikah dia? eeee pelik tol aku...org ngutuk cakap depan2 ko pun still wat2 bodoh.yang sakitnya org lain.Xpaham aku la...........

*aku yang demam*

Thursday, February 4

TARIKH PENTING

STEP 1:TENTUKAN TARIKH

Ok setelah mengalami beberapa masalah diawal pemilihan tarikh yang sesuai maka saya ingin umumkan disini bahawa dengan izinNYA majlis pernikahan, persandingan dan bertandang akan berlangsung pada bulan 6 tahun 2010.Majlis pernikahan akan dilangsungkan pada 11.06.2010 hari jumaat insyaallah dan untuk persandingan dan majlis bertandang masing2 akan dilansungkan pada 12 & 13.06.10...Ok settle bab tarikh.Kami sepakat memilih tarikh diatas kerana time cuti sekolah so sanak saudara ramai boleh datang itu tujuan utama.Then time niela kita leh jumpa sanak saudara yang jauh2 yang hanya bersua muka time raya jerkan.Paper pun bila time cuti sekolah nie xla rush sgt kakak2 aku nak kelam kabut balik umah diorang sbb nak uruskan anak2 sekolah so secara tidak langsung leh la tolong meringan beban nie ha lepas majlis nanti contoh kemas2 umah ke sapu2 sampah ke kan banyak keje tu kan.

*Tips untuk pemilihan tarikh-Kita kena bincang dulu dengan kedua-dua belah family tanya pendapat mak ayah ngan semua ahli keluarga sebab takut la pulak kan kang ada plak sepupu yang nak khawin tarikh yang sama kan dah clash...tak best la pulak ahli keluarga yang lain xdpt datang khawin kita nie.Oleh itu seboleh-bolehnya kita kena pastikan tarikh yang dipilih adalah sesuai supaya ahli keluarga, sanak saudara, kawan2 dan jiran tetangga dapat datang memeriahkan majlis kita.

Wednesday, February 3

HAI KAWAN BARU

Tulis tajuk kat atas tue pun macam suka sangat tau sebab hari nie cam tetiba nak buka n tengok blog yang dah bersawang nie tgk2 ader kawan baru...mekasih to puan punyer blog little parlour and ieda...kiter suka sangat ada kawan baru..tapi ieda nie kawan lama satu sekolah dulu kat RPS then jumpa balik dalam fb...little parlour plak memang suka baca blog dia sbb banyak resepi tangkap leleh punya...huhu ok selamat berkenalan kawan-kawan ku....