Thursday, February 4

TARIKH PENTING

STEP 1:TENTUKAN TARIKH

Ok setelah mengalami beberapa masalah diawal pemilihan tarikh yang sesuai maka saya ingin umumkan disini bahawa dengan izinNYA majlis pernikahan, persandingan dan bertandang akan berlangsung pada bulan 6 tahun 2010.Majlis pernikahan akan dilangsungkan pada 11.06.2010 hari jumaat insyaallah dan untuk persandingan dan majlis bertandang masing2 akan dilansungkan pada 12 & 13.06.10...Ok settle bab tarikh.Kami sepakat memilih tarikh diatas kerana time cuti sekolah so sanak saudara ramai boleh datang itu tujuan utama.Then time niela kita leh jumpa sanak saudara yang jauh2 yang hanya bersua muka time raya jerkan.Paper pun bila time cuti sekolah nie xla rush sgt kakak2 aku nak kelam kabut balik umah diorang sbb nak uruskan anak2 sekolah so secara tidak langsung leh la tolong meringan beban nie ha lepas majlis nanti contoh kemas2 umah ke sapu2 sampah ke kan banyak keje tu kan.

*Tips untuk pemilihan tarikh-Kita kena bincang dulu dengan kedua-dua belah family tanya pendapat mak ayah ngan semua ahli keluarga sebab takut la pulak kan kang ada plak sepupu yang nak khawin tarikh yang sama kan dah clash...tak best la pulak ahli keluarga yang lain xdpt datang khawin kita nie.Oleh itu seboleh-bolehnya kita kena pastikan tarikh yang dipilih adalah sesuai supaya ahli keluarga, sanak saudara, kawan2 dan jiran tetangga dapat datang memeriahkan majlis kita.